kawan2 kita share tips nie..baik untuk kita semua........
- Bila meninggalkan rumah pastikan semua alatan elektrik (yang tidak perlu) dipadam dan ditanggalkan punca kuasa. Dan pastikan juga pintu serta tingkap dikunci dengan sempurna.
Tips: Sebelum meninggalkan rumah bacalah Ayat Kursi ketika di dalam dan di luar rumah, ketika menutup pintu-pintu dan tingkap, dan ketika mengenakan kunci terakhir pada pintu pagar... seraya berdoa agar Allah melindungi kediaman anda semasa anda tiada. InsyaAllah, rumah anda akan terlindung dari perkara-perkara yang tidak diingini
- Sentiasa bercermat ketika memandu. Usah gopoh atau terkejar-kejar untuk sampai ke destinasi dituju. Ingatlah kepulangan anda sedang dinanti untuk dirai... bukan untuk ditangisi. Pandu cermat... semua pasti selamat.
Tips: Sebelum memulakan pemanduan pastikan anda dan semua penumpang di dalam kenderaan bersama-sama membaca Doa Naik Kenderaan. Pemandu sentiasa ada teman berbual. Dan cuba elakkan memandu pada waktu tengahari dan lewat malam (masa yang dikenal pasti ramai pemandu kerap hilang tumpuan)
- Pastikan anda tahu di mana anak-anak berada... pada setiap masa!!! Dalam pada kita bergembira bertemu sanak saudara dan rakan taulan, adakala kita terleka. Di musim perayaan ini kenderaan banyak di jalanan, bunga api dan mercun dimainkan tanpa perhatian dan bermacam-macam lagi perkara yang boleh mengundang kecelakaan. Lebih menakutkan... anak-anak hilang tanpa dapat dikesan. Ingat...!!! Sambil bergembira tu jangan lupa perhatikan si comel kesayangan kita yea...
- Cegah Influenza H1N1!!! Al-maklum semasa Hari Raya kita akan berkunjungan dan bertemu ramai orang. Jika anda atau anak-anak tergolong dalam mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan... pastikan Kit H1N1 setiasa di bawa bersama dan digunakan sepenuhnya. Gunakan penutup hidung dan mulut, serta kerap membersihkan tangan. Mencegah tentunya lebih baik dan berkesan dari mengubati.
- Elakkan pembaziran semasa perayaan. Rancang perbelanjaan anda. Ingat lepas raya nanti... anak-anak nak masuk ke sekolah pula. Banyak perbelanjaan akan diperlukan bila sessi persekolahan bermula.
- Akhir sekali... jangan lupa keluarkan ZAKAT.
nie semua tip2 sebelum balik beraya...
aku copy & paste jer dr adik bijak .com..tp bague ingt mengigati kan.....